campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Al-Fatihah

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Tampilkan postingan dengan label Al-Fatihah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Al-Fatihah. Tampilkan semua postingan

Minggu, 04 Agustus 2013

Pelakon 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.

Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.

"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.

Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selepas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.

Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Gambar fail yang dirakamkan pada Februari lalu menunjukkan Rosnah bersama keluarganya di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra,24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.

Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.

Beliau sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Kamis, 01 Agustus 2013

Al-Fatihah: Bilal Meninggal Dunia Ketika Sujud Dalam Solat

Akhir yang beginilah yang kita dambakan...
Indahnya pengakhiran hidup Allahyarham Roslan Ishak, mati ketika sujud tengah hari tadi. Roh yang ditunggu2 oleh Malaikat Rahmat sekalian langit dan bumi.

Beliau ialah bilal di Surau Mujahiddin di Bandar Baru Bangi. Meninggal ketika beliau sedang bersujud.

Allahyarham Roslan.Ishak adalah bilal (muazzin) yang istiqamah dengan amanah yang diberikannya sebagai bilal. Beliau meninggal dunia ketika bersujud di dalam solat zuhur secara berjamaah pada 10 hari terakhir di penghujung bulan Ramadan, tengahari tadi.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)

Ternyata bahawa pengakhiran kehidupan beliau adalah sesuatu yang sangat cemerlang dan dicemburui oleh insan yang beriman.
Sumber
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Rabu, 24 Juli 2013

TAKZIAH: 'Wanita Melayu Paling Jelita' Meninggal Dunia

SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita ini disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati.

"Allahyarham meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.

"Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, “ katanya.

Umi Kalthum, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).

Allahyarham, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita” di seluruh Singapura dan Malaya.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Allahyarham Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Sabtu, 13 Juli 2013

AL-FATIHAH: Bekas Ketua Menteri Melaka meninggal dunia

Jasin: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 77, meninggal dunia di kediamannya di Merlimau Pasir, di sini, akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang, kira-kira jam 5.50 petang semalam.

Anak kelima Allahyarham, Muhd Aidi Iskandar, 34, berkata arwah dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang kerana komplikasi dua penyakit itu sejak hujung Mei lalu.

“Bagaimanapun, beliau (bapa) dipindahkan ke Hospital Melaka, Isnin lalu, sebelum doktor membenarkan dia dibawa balik ke rumah malam semalam (kelmarin).

“Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di depan seluruh ahli keluarga petang tadi (semalam),” katanya ringkas ketika ditemui di rumahnya di sini, malam semalam.


Abu Zahar menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Abd Ghani yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 1997. Beliau pernah menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada 1986 selama dua penggal, diikuti DUN Merlimau (1995 hingga 1999) dan Parlimen Jasin (1999 hingga 2004).


Anak saudara Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad pula berkata, bapa saudaranya itu dipercayai menderita penyakit itu sejak lebih 10 tahun lalu.

“Beliau dibawa pulang ke rumahnya dan meninggal dunia di sisi isteri, Datin Seri Khalijah Mohd Jedi dan enam anaknya tadi,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan pemergian Abu Zahar sebagai satu kehilangan besar kepada Melaka termasuk UMNO.

“Beliau dianggap seorang individu yang sentiasa meletakkan kepentingan UMNO di depan selama ini dan turut disegani ramai,” katanya..

“Selain itu, sepanjang pentadbirannya sebagai Ketua Menteri berjaya memartabatkan institusi pendidikan ke peringkat tinggi,” katanya. Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron turut hadir menziarah Allahyarham.

Abu Zahar juga pernah menjadi Speaker DUN Melaka pada 1990 hingga 1995, Exco kerajaan negeri (1995-1997) dan Ketua Menteri Melaka (1997 hingga 1999).

Jawatan terakhir beliau adalah Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri pada 1999 hingga 2004.

Jenazah bapa kepada pelakon dan pengacara terkenal Khaidhirah atau Dira, 27, itu dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan di masjid negeri, hari ini.[myMetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Minggu, 30 Juni 2013

Tokoh Akademik,Tan Sri Prof Emiritus Awang Had Salleh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik, Tan Sri Prof Emiritus Awang Had Salleh, 79, meninggal dunia, sebentar tadi, kata anaknya, Datin Norazlina Awang Had.

Jenazah akan dikebumi di Putrajaya.

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh dilahirkan pada 24 Jun 1934.Beliau adalah ahli akademik dan sasterawan Malaysia.

Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya.

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, beliau juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.

Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan.

Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.

Al-Fatihah..Moga Rohnya Dicucuri Rahmat

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Rabu, 26 Juni 2013

Adun Kuala Besut meninggal, pilihan raya kecil pertama

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.
"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).[Harakahdaily]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Minggu, 23 Juni 2013

TERHANGAT: Pelajar Malaysia Di Jordan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Pelajar Malaysia Kemalangan di Jordan Meninggal Dunia | Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan.

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 – 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

 Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.
Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.

Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.

 Al Fatihah

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Sabtu, 22 Juni 2013

Pakar Ekonomi ,Dr Mahani Zainal Abidin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dilaporkan meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HUKM) akibat penyakit kanser.

 Dr Mahani, 59, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 2 petang tadi dan menurut adiknya, Adnan, jenazah beliau akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di Desa Sri Hartamas.

 Adnan berkata jenazah kakaknya akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Maghrib.

 Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.

 Beliau yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998.

 Mahani, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.

 Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.

 Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD).

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Minggu, 09 Juni 2013

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

 Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

 "Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

 Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

 Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

 Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

 Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.- mStar

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Jumat, 07 Juni 2013

Jambatan kedua Pulau Pinang runtuh: 'Ayah janji nak beli aiskrim'

GEORGETOWN - 'Ayah janji nak belikan aiskrim', demikian menurut anak mangsa runtuhan penyambung susur jalan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.

 Nur Aina Shazwani Tajuddin, 11 ditemui ketika berada di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).

 "Ayah saya telefon dan kata hendak belikan aiskrim kalau dia balik, tapi dia tak balik-balik," katanya.

 Selain Nur Aina Shazwani, mangsa, Tajuddin Zainal Abidin turut meninggalkan anak bongsunya, Nur Ain Maisara, 7 serta isteri Sharifah Ramli.

 Sementara itu salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali dengan nama Boy mula berasa tidak sedap hati setelah nombor pendaftaran kenderaan mangsa didedahkan pihak polis.

 Boy yang bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) turut terlibat dengan kerja pembersihan runtuhan.

 Menurutnya, beliau mula berasa tidak sedap hati setelah hampir 24 jam kerja pembersihan dilakukan.

 "Lebih meragukan apabila polis mula mendedahkan kereta yang terlibat adalah Kelisa dengan nombor pendaftaran PKR 347, sementara angka 0 tiada.

 "Saya mula rasa lain macam kerana memang nombor kereta Abang Ti (gelaran mangsa dalam keluarga) sudah lama tidak ada angka 0," katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Selasa, 04 Juni 2013

Pelakon veteran S.Shamsuddin meninggal dunia

Antara babak lakonan S.Shamsuddin bersama P.Ramlee dan Aziz Satar dalam filem Seniman Bujang Lapok

 PELAKON komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi semalam.

 Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

 Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

 Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Sabtu, 18 Mei 2013

Ketua Pemuda Umno Bagan Serai meninggal akibat jangkitan kuman

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.

 Sharudin juga merupakan calon BN bagi DUN Selinsing pada pilihan raya lalu.

 Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang.

 Pada Jumaat, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Sharudin di Hospital Taiping.

 Sharudin merupakan pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama bagi memperkasakan belia di daerah Kerian.

 Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din dengan majoriti 809 undi.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Sabtu, 27 April 2013

Penyanyi 60-an, Azizah Mohamad Meninggal Dunia Akibat Kanser

PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Mohamad, 66, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 11.26 malam, Jumaat.

 Allahyarham meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu selain beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

 Beliau meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hasaan dan ahli keluarga lain.

 Anak kepada Allahyarham, pelakon dan pengarah, Khir Rahman yang dihubungi mStar Online berkata, semua ahli keluarga redha dengan kehilangan itu kerana pihak hospital telah memaklumkan keadaan ibunya yang tidak dapat diselamatkan lagi.

 Jelas Khir, tiga hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, ibunya sudah tidak sedarkan diri.

 "Selepas doktor memberitahu kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan semua ahli keluarga sentiasa bersamanya.

 "Ibu seorang yang kuat dalam melawan penyakitnya sehingga ke saat yang terakhir dan Allahyarham pergi dengan tenang.

Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya," kata Khir.

 Dalam pada itu, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di HKL sebelum dibawa pulang ke rumah di Keramat dekat sini untuk memberi peluang kepada kaum keluarga memberikan penghormatan terakhir.

 Khir memberitahu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar selepas solat Zohor pada Sabtu.

 Sebelum ini, mStar Online pernah melaporkan Azizah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami komplikasi beberapa penyakit dan jangkitan kuman dalam paru-paru.

 Allahyarham yang aktif menyanyi sekitar tahun 60-an dan 70-an pernah popular dengan lagu seperti Syurga Idaman, Pergilah Kandaku dan Dikaulah Harapanku.-mStar

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Kamis, 25 April 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati di Putrajaya

Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.

 Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

 Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

 Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.

p/s: Salam takziah untuk keluarga Allayarham..semoga diletakkan bersama orang-orang yang beriman.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Jumat, 19 April 2013

Veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages Kuala Lumpur di sini pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Selasa, 26 Maret 2013

AL-FATIHAH: Dr Muhammad Othman El-Muhammady kembali ke rahmatullah

Innalillahi wa innailaihirajiun

~ Al Fatihah.

Satu lagi permata ilmuan Islam pergi meninggalkan kita.

 Dukacita dimaklumkan bahawa Dr Muhammad Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah  di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

 Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan para Solihin. Amin

 Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

 Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

 Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

 Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Moga rohnya dicucuri rahmat.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Selasa, 12 Maret 2013

Seorang anggota tentera maut kemalangan di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.

 Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib(gambar) berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.

 “Anggota tentera tersebut mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu,” kata Hamza.

BACA: Op Daulat: Seorang anggota tentera gugur, 3 pengganas terbunuh

 Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi yang turut mengorbankan seorang anggota tentera.

 “Dalam pertempuran itu, kita percaya tiga pengganas telah ditembak namun, hanya dua mayat yang ditemui ditempat kejadian manakala seorang lagi dipercayai mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Hamza.

 Anggota tentera berumur 24 tahun itu maut setelah mengalami cedera parah akibat ditembak pengganas di pipi.

 Dalam operasi ‘mopping-out’ dan penggeledahan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu itu, pasukan keselamatan bertempur sebanyak dua kali antara jam 9 pagi dan 1.50 petang.

 “Usaha untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas terpaksa dihentikan seketika apabila pertempuran itu berlaku dan sehingga kini hanya 24 dari 56 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi,” beliau berkata.

 Sumber:astroawani.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner