LAHAD DATU - Operasi Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu untuk memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, kini dinamakan Operasi Sanggah.
Pengumuman perubahan nama operasi itu dibuat sempena penyerahan rasmi operasi Ops Daulat kepada Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16 di sini hari ini.
Tugas operasi Ops Daulat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di saksikan oleh Musa yang juga Pengerusi ESSCOM.
Turut menyaksikan penyerahan berkenaan ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dengan penyerahan berkenaan segala pengoperasian dan pengawalan operasi Ops Sanggah dilaksanakan sepenuhnya oleh ESSCOM.
Mengulas mengenai majlis penyerahan rasmi hari ini, Musa berharap kerjasama dan komitmen semua pihak yang menjayakan Ops Daulat sebelum ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam Ops Sanggah agar kesejahteraan rakyat, khususnya di pantai timur Sabah, terus terpelihara.
Musa juga menegaskan bahawa penglibatan rakyat amat penting untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada anggota keselamatan.
"Kerajaan negeri Sabah akan terus berganding bahu dengan kerajaan Persekutuan dan komited untuk membantu anggota keselamatan dalam memastikan maruah dan integriti negara terus dipertahankan," katanya.
"Sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Perdana Menteri akan memantau dan memberi perhatian khusus kepada keseluruhan operasi ESSCOM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata sementara menunggu kewujudan lima batalion anggota keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah, anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibawa dari seluruh negara untuk ditempatkan di kawasan ESSCOM.
"Kita akan tetapkan bahawa kekuatan itu tetap sama sehinggalah lima batalion ini diwujudkan secepat mungkin. Satu unit batalion ATM akan diwujudkan di Felda Sahabat dengan kekuatan antara 600 hingga 800 anggota," katanya.
Zulkifeli juga berkata semua aset yang digunakan semasa operasi memerangi pengganas seperti kereta perisai, pesawat, meriam akan tetap berada di kawasan ESSCOM. - Bernama
Susu Kambing etawa (Septi Wulandari S.Kom) 087836666947 / Pin BB : 230185A5' website resmi http://super-e.net/ Peluang Usaha susu kambing etawa Super-E. DICARI DISTRIBUTOR DAN AGEN SUSU KAMBING ETAWA.DAPATKAN DISKON FANTASTIS. TERIMA MAKLONE SUSU KAMBING
Edukasi
Kata Kata
Teknologi
Kesehatan & Kecantikan
Kuliner
Tampilkan postingan dengan label Op Daulat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Op Daulat. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 29 Juni 2013
Jumat, 14 Juni 2013
IMBAUAN KES LAHAD DATU: Platun Tiger di barisan hadapan
MASIH terngiang-ngiang bunyi tembakan... Masih terdengar hingar-bingar anggota akibat empat letupan bom grenad yang dilepaskan pengganas.
Peristiwa pada Jumaat, 1 Mac 2013, jam 10 pagi yang menyebabkan dua anggota VAT 69, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud terkorban cukup membuatkan jiwa 400 anggota PGA terdiri daripada VAT 69 yang berkampung sejak 12 Februari yang lalu menggelegak.
Bagi anggota dan pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) khususnya Platun Tiger Batalion 17, PGA Lahad Datu, pertempuran yang berlaku mengukir sebuah memori yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Megimbas kembali seketika sebelum pertempuran berlaku, Pegawai Pemerintah Batalion 17 Briged Sabah, Superintendan Edward Komoral yang sudi berkongsi kisah itu nyata memberikan kepuasan kepada kami khas untuk tatapan pembaca setia Sinar Harian.
Berusia 56 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Tuan Edward oleh kami, beliau memulakan ceritanya dengan penuh semangat seolah-olah peristiwa itu baru sahaja berlaku semalam.
Menurutnya, pertempuran hari pertama memang sudah diduga namun telahan itu meleset selepas seorang anggota pengganas berlari membawa bendera putih.
“Pada masa itu pasukan pertama anggota VAT 69 yang berada di barisan hadapan merapati kawasan musuh perlahan-lahan menyangka mereka mahu menyerah diri.
“Tiba-tiba kami terdengar bunyi lolongan yang kuat seperti ala-Red Indian daripada pengganas dan dalam keadaan kecoh itu kami terdengar bunyi dua das tembakan penembak tepat musuh dan disusuli tembakan bertubi-tubi pengganas menyebabkan barisan hadapan mencari tempat perlindungan.
Menurutnya, melihat keadaan itu, dia mengarahkan sebahagian Platun Tiger mengambil kedudukan untuk menyerang dan melepaskan tembakan ke arah musuh selepas mendapat panggilan radio yang mengatakan Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud terkorban.
“Tembakan bertubi-tubi dilepaskan antara musuh dan juga pasukan kami dan dalam keadaan kalut itu, empat kali letupan kedengaran berpunca daripada grenad yang dilepaskan oleh pengganas.
“Sebagai ketua pada masa itu, hati saya berdebar-debar kerana musuh mempunyai senjata yang agak canggih, tembak-menembak berlaku dalam tempoh 10 minit sebelum musuh mengundurkan diri ke kawasan semak dan kelapa sawit selepas 12 anggotanya mati ditembak,” terangnya.
Melihatkan pertempuran reda, beliau lantas mengarahkan dua pacuan empat roda masuk lokasi di mana arwah ASP Zulkifli dan Sarjan Sabarudin dan seorang lagi anggota VAT 69 Lans Koperal Azman Ampong dan Lans Koperal Fahmi Mokhtar ditembak dan kedua-duanya dikejarkan Hospital Lahad Datu.
Menurutnya kepungan di kawasan itu diperketatkan dengan anggota Platun Tiger dan VAT 69 mara perlahan-lahan ke hadapan masuk ke Kampung Tanduo.[SH]
Peristiwa pada Jumaat, 1 Mac 2013, jam 10 pagi yang menyebabkan dua anggota VAT 69, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud terkorban cukup membuatkan jiwa 400 anggota PGA terdiri daripada VAT 69 yang berkampung sejak 12 Februari yang lalu menggelegak.
Bagi anggota dan pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) khususnya Platun Tiger Batalion 17, PGA Lahad Datu, pertempuran yang berlaku mengukir sebuah memori yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Megimbas kembali seketika sebelum pertempuran berlaku, Pegawai Pemerintah Batalion 17 Briged Sabah, Superintendan Edward Komoral yang sudi berkongsi kisah itu nyata memberikan kepuasan kepada kami khas untuk tatapan pembaca setia Sinar Harian.
Berusia 56 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Tuan Edward oleh kami, beliau memulakan ceritanya dengan penuh semangat seolah-olah peristiwa itu baru sahaja berlaku semalam.
Menurutnya, pertempuran hari pertama memang sudah diduga namun telahan itu meleset selepas seorang anggota pengganas berlari membawa bendera putih.
“Pada masa itu pasukan pertama anggota VAT 69 yang berada di barisan hadapan merapati kawasan musuh perlahan-lahan menyangka mereka mahu menyerah diri.
“Tiba-tiba kami terdengar bunyi lolongan yang kuat seperti ala-Red Indian daripada pengganas dan dalam keadaan kecoh itu kami terdengar bunyi dua das tembakan penembak tepat musuh dan disusuli tembakan bertubi-tubi pengganas menyebabkan barisan hadapan mencari tempat perlindungan.
Menurutnya, melihat keadaan itu, dia mengarahkan sebahagian Platun Tiger mengambil kedudukan untuk menyerang dan melepaskan tembakan ke arah musuh selepas mendapat panggilan radio yang mengatakan Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud terkorban.
“Tembakan bertubi-tubi dilepaskan antara musuh dan juga pasukan kami dan dalam keadaan kalut itu, empat kali letupan kedengaran berpunca daripada grenad yang dilepaskan oleh pengganas.
“Sebagai ketua pada masa itu, hati saya berdebar-debar kerana musuh mempunyai senjata yang agak canggih, tembak-menembak berlaku dalam tempoh 10 minit sebelum musuh mengundurkan diri ke kawasan semak dan kelapa sawit selepas 12 anggotanya mati ditembak,” terangnya.
Melihatkan pertempuran reda, beliau lantas mengarahkan dua pacuan empat roda masuk lokasi di mana arwah ASP Zulkifli dan Sarjan Sabarudin dan seorang lagi anggota VAT 69 Lans Koperal Azman Ampong dan Lans Koperal Fahmi Mokhtar ditembak dan kedua-duanya dikejarkan Hospital Lahad Datu.
Menurutnya kepungan di kawasan itu diperketatkan dengan anggota Platun Tiger dan VAT 69 mara perlahan-lahan ke hadapan masuk ke Kampung Tanduo.[SH]
Sabtu, 06 April 2013
OP DAULAT: Ketua Pengganas Diburu,Datu Piah Ditangkap Di Melaka?
Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya. Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas.
.jpg)
Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka hari ini.
Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.
Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM
Credit
.jpg)
Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.
Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM
Credit
Jumat, 15 Maret 2013
OP DAULAT: Azzimudie larikan diri ke Selatan Filipina - Jeneral Zulkifeli
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.Kenyataan berkenaan dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin.
Katanya pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.
Zulkifeli berkata maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan, ia menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya yang terkepung di Lahad Datu.
Terdahulu pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi lebih seminggu lalu bagi menghapuskan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh dan membunuh anggota keselamatan negara ini di kawasan berkenaan.
Nasib sebenar Azzimudie menjadi tanda tanya selepas beberapa pegawai kanannya dikatakan terbunuh sebaik operasi bermula.
Sumber:astroawani.com
Rabu, 13 Maret 2013
Perkembangan hari ke 9 Ops Daulat
KUALA LUMPUR: Hari ke sembilan Ops Daulat menyaksikan penemuan dua lagi mayat penceroboh Sulu yang terlibat dalam pertempuran yang berlangsung semalam.Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada hari ini:-
- Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran dengan pengganas semasa Ops Daulat di Lahad Datu semalam selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas tengahari tadi.
- Jenazah Koperal Ahmad Farhan Ruslan yang terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas menguruskan logistik untuk anggota keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat juga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Tumbuh.
- Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dua anggota tentera yang terkorban itu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh.
- Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Ahmad Farhan bukanlah pemandu trak yang terlibat dalam kemalangan, tetapi penumpang. Sebelum ini laporan media mengatakan beliau adalah pemandu trak itu.
- Hamza juga percaya ketua kumpulan penceroboh militan Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.
- Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dua lagi mayat pengganas Sulu yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu semalam ditemui hari ini. Beliau berkata turut ditemui di kawasan itu ialah selaras senapang jenis M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45.
- Selain itu juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membawa masuk beberapa aset-aset pertahanan mereka dalam mengukuhkan pertahanan di kawasan yang terlibat termasuk helikopter dari Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai (Armoured Personnel Carrier).
- Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menggembleng guna tenaga semua keanggotaannya dalam pasukan itu untuk ditambahkan lagi dalam usaha Operasi Daulat.
- Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah dan setiap ketua polis daerah di Sabah untuk menambahkan lagi kehadiran polis terutama di kawasan operasi.
- Beliau juga berkata kawalan polis di kawasan kawalan pesisiran pantai dan lokasi tertentu di daerah Lahad Datu hingga ke kawasan operasi akan dipertingkat dimana kita berkehendakan lokasi-lokasi strategik dapat ditumpukan.
- Ismail berkata guna tenaga polis ini tidak hanya tertumpu kepada anggota polis dari penugasan tugas-tugas am sahaja malah ianya akan merangkumi anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan juga Logistik.
- Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan seorang remaja berumur 12 tahun yang ditembak oleh pihak keselamatan di sebuah belukar di Tanjung Batu tempoh hari mempunyai pertalian dengan salah seorang lelaki yang ditahan beramai-ramai di sekitar kawasan itu.
- Manakala, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sudah bersiap sedia untuk menerima lebih banyak mayat pengganas di Hospital Lahad Datu untuk ditempatkan bagi tujuan siasatan forensik sebelum dikebumikan.
- Liow berkata, pihaknya sudah menyediakan empat kontena untuk menempatkan mayat-mayat berkenaan.
- Ketua kumpulan penceroboh, Jamalul Kiram III pada Rabu telah menolak kemungkinan pengikutnya akan meninggalkan Sabah tidak lama lagi.
Credit
Selasa, 12 Maret 2013
Seorang anggota tentera maut kemalangan di Lahad Datu
KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib(gambar) berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.
“Anggota tentera tersebut mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu,” kata Hamza.
BACA: Op Daulat: Seorang anggota tentera gugur, 3 pengganas terbunuh
Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi yang turut mengorbankan seorang anggota tentera.
“Dalam pertempuran itu, kita percaya tiga pengganas telah ditembak namun, hanya dua mayat yang ditemui ditempat kejadian manakala seorang lagi dipercayai mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Hamza.
Anggota tentera berumur 24 tahun itu maut setelah mengalami cedera parah akibat ditembak pengganas di pipi.
Dalam operasi ‘mopping-out’ dan penggeledahan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu itu, pasukan keselamatan bertempur sebanyak dua kali antara jam 9 pagi dan 1.50 petang.
“Usaha untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas terpaksa dihentikan seketika apabila pertempuran itu berlaku dan sehingga kini hanya 24 dari 56 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi,” beliau berkata.
Sumber:astroawani.com
Op Daulat: Seorang anggota tentera gugur, 3 pengganas terbunuh
LAHAD DATU - Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.
"Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.
Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.
Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.
Zulkifeli berkata, Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - Bernama
Sabtu, 09 Maret 2013
Op Daulat: 2 anggota PGA cedera dalam serangan malam tadi
LAHAD DATU - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan berselang-seli yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam tadi.Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.
"Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan," katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.
Beliau berkata, serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.
Laporan media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Jamalul Kiram III, yang didakwa dalang pencerobohan itu, meminta kumpulan yang menceroboh Lahad Datu supaya meletak senjata selepas berlaku kematian di pihaknya ekoran gerakan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia.
Hamza berkata, jumlah tangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan penceroboh telah meningkat kepada 85 orang berbanding 79 sebelum ini.
Katanya, jumlah itu tidak termasuk 27 orang yang ditahan ketika berada di atas tiga buah bot di kawasan larangan Op Daulat pukul 10 pagi semalam di pantai Tanjung Batu.
Di sebalik tangkapan dan jumlah militan yang terbunuh, beliau memberi jaminan keadaan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.
Op Daulat yang dilancarkan enam hari lalu menyaksikan 53 militan penceroboh telah ditembak mati.
Sejak pencerobohan 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian. - Bernama
Kamis, 07 Maret 2013
OP DAULAT: Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram terbunuh bersama 31 anggotanya

SATU mayat pengganas Sulu ditemui diletakkan atas karpet selepas dipercayai mati dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu kelmarin.
Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang.
Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur.
Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.
Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.
"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata beliau. -Kosmo
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:
Ditaja oleh FeedBurner
Penduduk Kg Tg Batu, Lahad Datu cemas ditahan 7 lelaki bersenjata

Yusuf Sarang, bersama Abdul Rahman Sailani, menceritakan pengalaman mereka ketika berdepan dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanjung Baru dua hari lepas. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Seorang penduduk kampung Tanjung Batu melalui saat cemas apabila ditahan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata semasa menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya.
Mujur, kumpulan lelaki yang merupakan penceroboh bersenjata itu hanya meminta rokok, kata Abdul Rahman Seilani, 53.
Menceritakan detik cemas yang dilalui Isnin lepas, Abdul Rahman berkata beliau terserempak dengan sekumpulan kira-kira tujuh lelaki bersenjata dan berpakaian celoreng di jalan raya di kampung itu, kira-kira pukul 9 pagi.
"Ketika saya lalu di depan mereka, seorang daripada mereka meminta rokok daripada saya dalam bahasa Melayu.
"Saya kemudian memberikan mereka sekotak rokok yang saya ada dan mereka memberikan wang RM50 tetapi saya tidak mengambilnya," katanya ketika ditemui Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini hari ini.
Bimbang dengan keselamatan dirinya, Abdul Rahman mengambil keputusan untuk segera meninggalkan kampung menerusi pesisir pantai untuk ke Kampung Tanjung Labian yang terletak bersebelahan kampungnya.
"Saya kini tinggal bersama anak di kuarters pekerja Felda di Fajar Harapan," katanya.
Dewan Felda Harapan di Felda Sahabat itu menempatkan penduduk dari tujuh kampung yang berpindah berikutan tindakan pasukan keselamatan menggempur kedudukan pengganas di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lepas.
Ini diikuti gerakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah yang bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, di sini bagi memburu kumpulan pengganas itu.
Seorang lagi penduduk, Yusof Sarang, 58, berkata kira-kira 40 penduduk kampung meredah air pasang hingga paras lutut untuk ke Tanjung Labian melalui pantai sebelum ke Dewan Fajar Harapan.
Beliau mengambil keputusan membawa isteri dan tiga anak mereka berpindah dengan segera apabila mendengar berita mengenai kehadiran individu bersenjata di kampung itu.
"Kami hanya membawa sedikit pakaian dan kini menumpang di rumah anak saudara di Fajar Harapan," katanya. - Bernama
Sumber: Sinar Harian
Langganan:
Komentar (Atom)
