campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Ahli Politik

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Tampilkan postingan dengan label Ahli Politik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ahli Politik. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 18 Mei 2013

Ketua Pemuda Umno Bagan Serai meninggal akibat jangkitan kuman

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.

 Sharudin juga merupakan calon BN bagi DUN Selinsing pada pilihan raya lalu.

 Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang.

 Pada Jumaat, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Sharudin di Hospital Taiping.

 Sharudin merupakan pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama bagi memperkasakan belia di daerah Kerian.

 Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din dengan majoriti 809 undi.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Senin, 22 April 2013

Mat Taib: 'Saya kena sokong parti ada pendirian'

Muhammad bercakap pada sidang media selepas penyerahan borang keahlian menyertai Pas hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI 

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini berkata, beliau merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh."

 Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut.

 “Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya.

 “Saya fikir parti yang boleh isi roh itu mestilah parti yang perjuangkan Islam. Hanya Pas yang bawa kesedaran itu," katanya kepada pemberita.

 Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Menurutnya, Pas juga dilihat mempunyai pendirian untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.

 “Kalau Melayu bawah satu lambang agama dan diterapkan dalam satu ajaran, masyarakat tak akan berkecamuk.

Pelaksanaan Islam sekarang tak menyeluruh. “Saya kena sokong parti yang ada pendirian. Jika semua orang Melayu dan Islam sokong Pas, saya fikir negara ini boleh jadi contoh,” katanya.

 Dalam pada itu, Mat Taib berkata, hasrat menyertai Pas sudah timbul setahun lalu namun hanya diumumkan dua hari selepas penamaan calon.

 “Hasrat dah setahun tapi saya tunggu masa sesuai. Saya umum selepas penamaan calon sebab tak mahu orang kata saya nak jadi calon.

 “Saya tak berhajat jadi calon atau pegang jawatan. Saya cuma nak bagi sokongan kepada Pas,” katanya.

 Beliau juga berkata, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Sementara itu, Abdul Hadi berkata, penyertaan Mat Taib mampu memberi kekuatan kepada Pas.

 “Kita mengalu-alukan penyertaan beliau. Kita anggap ini sokongan yang cukup kuat daripada seseorang yang mempunyai pengaruh besar di Selangor.

 “Kehadiran beliau juga memberi kekuatan kepada parti untuk terus melangsungkan perjuangan Islam,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Minggu, 21 April 2013

Senarai 25 Pemimpin BN Yang Isytihar Keluar BN dan Bertanding Atas Tiket BEBAS

Berikut adalah calon BEBAS yang wujud akibat konflik dalaman parti BN. Senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.
1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

 2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor,

 3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

 4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

 5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak

 6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak,Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak

 7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

 8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

 9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

 10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

 11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

 12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

 13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela,Mohd Azaman Johari – Parlimen Pengerang

 14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir

 15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

 16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu,Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

 17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih,Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

 18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

 19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

 20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

 21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

 22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah

 23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

 24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu

 25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala Kubu Bharu

p/s:Kenapa dan mengapa mereka berpaling tadah sedangkan mereka berada pada kedudukan terbaik dalam parti ketika ini.Adakah kerana mereka bermasalah atau parti yang bermasalah?Jom kita bincangkan

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Jumat, 12 April 2013

Ummi Hafilda Tawar Diri Lawan Azmin Pada PRU-13

Ummi Hafilda bersemangat menyampaikan ceramahnya.Foto ZAINUDIN AHAD/THE STAR 

BALIK PULAU: Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini.

 Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.

 "Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam Khamis.

 Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersalah memilih dalam pilihan raya nanti," katanya. BERNAMA

p/s: Apa ke bengap sangat perempuan sorang ni......darah daging sendiri pun sanggup dibuka aib..orang lain pasti lebih teruk dibukanya nanti kalau dah ada krisis dengan beliau..orang macam ni patut dibuang dalam perigi buta je..bukan diangkat sebagai calon.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Jumat, 05 April 2013

PRU 13: Anwar Ibrahim Sah Pertahankan Parlimen Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

 Pengumuman itu dibuat di hadapan kira-kira 500 penyokongnya ketika menghadiri ceramah umum di padang awam Taman Pauh sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan hampir sebulan lalu.

 Kelmarin beliau berkata akan bertanding di Perak, tetapi akan membuat keputusan akhir dan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Permatang Pauh.

 Dengan keputusan itu, beliau berharap dapat menjawab segala spekulasi mengenai kerusi yang akan ditandingi kali ini.

 Beliau pada masa yang sama berharap pengundi dapat terus memberikan sokongan dan membantu beliau untuk mempertahankan kerusi di situ.

 "Walaupun selepas ini saya akan sibuk membantu untuk mengukuhkan negeri Perak,saya berharap penduduk akan membantu pertahankan Permatang Pauh," katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Jumat, 15 Maret 2013

Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam meninggal dunia

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam(gambar) meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

 Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

 Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

 "Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

 Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.

 Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.[MK]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner