BESUT: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.
Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut sebentar tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
Susu Kambing etawa (Septi Wulandari S.Kom) 087836666947 / Pin BB : 230185A5' website resmi http://super-e.net/ Peluang Usaha susu kambing etawa Super-E. DICARI DISTRIBUTOR DAN AGEN SUSU KAMBING ETAWA.DAPATKAN DISKON FANTASTIS. TERIMA MAKLONE SUSU KAMBING
Edukasi
Kata Kata
Teknologi
Kesehatan & Kecantikan
Kuliner
Tampilkan postingan dengan label Calon BN. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Calon BN. Tampilkan semua postingan
Selasa, 09 Juli 2013
Sabtu, 18 Mei 2013
Ketua Pemuda Umno Bagan Serai meninggal akibat jangkitan kuman
Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.Sharudin juga merupakan calon BN bagi DUN Selinsing pada pilihan raya lalu.
Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang.
Pada Jumaat, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Sharudin di Hospital Taiping.
Sharudin merupakan pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama bagi memperkasakan belia di daerah Kerian.
Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din dengan majoriti 809 undi.
Langganan:
Komentar (Atom)