campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Artis Veteran

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Tampilkan postingan dengan label Artis Veteran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis Veteran. Tampilkan semua postingan

Minggu, 04 Agustus 2013

Pelakon 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.

Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.

"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.

Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selepas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.

Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Gambar fail yang dirakamkan pada Februari lalu menunjukkan Rosnah bersama keluarganya di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra,24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.

Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.

Beliau sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Rabu, 31 Juli 2013

AR Badul Bimbang Untuk Berpoligami

PETALING JAYA: Pelawak AR Badul mengakui ramai yang menganggap dia memiliki lebih daripada seorang isteri sedangkan dia tidak pernah mengamalkan hidup berpoligami.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 63, berkata, walaupun agama Islam membenarkan untuk berbuat demikian namun dia tidak sanggup menerima cara hidup berpoligami kerana risau sekiranya tidak dapat berlaku adil.

"Memang ramai yang anggap saya ini ada ramai isteri. Memang betul, saya ada lima orang isteri. Tetapi sudah menjadi bekas isteri sahaja. Saya berkahwin, kemudian berpisah dan berkahwin lain.

"Dan yang hanya ada kini ialah seorang wanita dalam hidup saya di mana kami baharu mendirikan rumah tangga pada dua tahun lalu.

"Mungkin kerana kekeliruan itu membuatkan saya dilabel lelaki yang mengamalkan hidup berpoligami," selorohnya.

Bagaimanapun tambah Badul, dia tidak kisah dengan tanggapan orang ramai kerana mengakui ia berpunca daripadanya yang tidak terlalu mendedahkan hal peribadinya kepada umum.

"Salah saya juga kerana tidak berkongsi hal peribadi saya, tetapi tidak mengapa, bukan salah mereka untuk menganggap saya begitu (berpoligami)," ujarnya.

Sementara itu, Badul memberitahu, dia kini mula beralih ke bidang produksi animasi pula sejak tawaran lakonannya semakin berkurangan.

Animasi yang dihasilkan itu diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri iaitu Makmur Megah Sdn Bhd.

"Sekarang ini saya sibuk dengan kerja-kerja produksi animasi. Alhamdulillah, beralih sedikit ke bidang ini memberi kepuasan yang berlain pula.

"Maklumlah tawaran lakonan dah semakin tidak ada. Jadi saya perlu memikirkan sesuatu untuk terus hidup dalam dunia seni ini," ujarnya.

Ditanya adakah dia kecewa dengan situasi industri seni yang semakin melupakannya, Badul berkata, dia akur dengan perkara tersebut kerana sudah lama bersiap sedia untuk kemungkinan itu.

"Dahulu saya selalu jadi hero, kemudian jadi bapa dan lama-lama hilang terus. Saya rasa itu satu perkara yang normal dalam industri seni kita.

"Bukan di negara ini sahaja, bahkan di Indonesia mengalami situasi yang sama lebih-lebih lagi terlalu ramai pendatang baharu yang ingin bergelar pelakon.

"Jadi rasanya, tidak perlulah untuk kita berasa kecewa kerana tidak dipanggil berlakon. Saya anggap ia adalah sebahagian proses kehidupan sebagai pelakon," tuturnya.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Kamis, 11 Juli 2013

HOT: Aktres 80-an Putri Salbiah Dituduh Menipu


Putri Salbiah ketika dibawah keluar dari Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan kad pengenalan. - Foto Ihsan Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu.

Putri Salbiah Megat Razalli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka.

Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010.

Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010.

Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.

Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan April 2010.
Salah satu adegan lakonan Putri Salbiah dan Salih Yaacob pada era 80-an.

Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam siasatan kes tersebut.

Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada 9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum didakwa.

Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.

Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut.

Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud.

Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Minggu, 09 Juni 2013

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

 Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

 "Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

 Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

 Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

 Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

 Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.- mStar

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Selasa, 04 Juni 2013

S.Shamsuddin Dalam Kenangan: Perginya sebutir bintang

"JIM yang ini matanya di tengah-tengah, yang ini pula matanya di atas, cikgu…jim pakai toncit."

 Dialog mencuit hati daripada filem Pendekar Bujang Lapok ini pasti mengingatkan kita pada allahyarham S.Shamsudin atau lebih mesra dengan panggilan Sudin.

 Apa yang pasti, kisah dan lawak jenaka tiga bujang lapuk yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Datuk Aziz Satar dan Sudin tidak akan lapuk ditelan dek zaman.

 Setelah empat dekad pemergian P.Ramlee, kita dikejutkan dengan pemergian Sudin, 84, pagi semalam.

 Allahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri di rumah anak lelakinya, Mohammed Arifin, 44 tahun dan dibawa ke Hospital Universiti Nasional Singapura. 

Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 10.56pagi.

 Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Mukminin di Jurong East pada jam 10 pagi ini untuk disembahyang dan dikebumikan di Pusara Abadi.

 Kehilangan Sudin turut dirasai oleh kawan rapatnya, Aziz Satar yang turut membintangi filem hitam putih yang diterbitkan pada 1959 itu.

 Beliau akui kehilangan sahabat karib yang tiada galang gantinya.

 "Kehilangan Sudin begitu dirasai kerana kami sahabat karib. Lama betul kami berkawan. Sejak usia belasan tahun, sebelum masuk bidang lakonan lagi.

 "Dia seorang sahabat yang menghiburkan hati, telatahnya selalu menggelikan hati. Saya rasa sangat kehilangan," katanya.

 Sudin mula terlibat dalam dunia lakonan pada tahun 1948 apabila diberi peluang untuk menjadi pelakon tambahan bagi filem Chempaka.

 Sudin pernah diiktiraf sebagai Pelawak Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Kedua (FFM2)pada tahun 1981 dan pada FFM22, Sudin menerima Anugerah Istimewa Pelakon Veteran Lelaki.

 Filem-filem lakonannya seperti Hang Tuah, Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi masih segar sehingga ke hari ini.

 Sudin berkahwin dengan Puteh Ismoon, 77 pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak.

 Salah seorang anak lelakinya, Mohd Ariff mengikut jejak langkahnya apabila bergelar pelakon dan pelawak di Singapura.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Sabtu, 27 April 2013

Penyanyi 60-an, Azizah Mohamad Meninggal Dunia Akibat Kanser

PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Mohamad, 66, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 11.26 malam, Jumaat.

 Allahyarham meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu selain beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

 Beliau meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hasaan dan ahli keluarga lain.

 Anak kepada Allahyarham, pelakon dan pengarah, Khir Rahman yang dihubungi mStar Online berkata, semua ahli keluarga redha dengan kehilangan itu kerana pihak hospital telah memaklumkan keadaan ibunya yang tidak dapat diselamatkan lagi.

 Jelas Khir, tiga hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, ibunya sudah tidak sedarkan diri.

 "Selepas doktor memberitahu kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan semua ahli keluarga sentiasa bersamanya.

 "Ibu seorang yang kuat dalam melawan penyakitnya sehingga ke saat yang terakhir dan Allahyarham pergi dengan tenang.

Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya," kata Khir.

 Dalam pada itu, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di HKL sebelum dibawa pulang ke rumah di Keramat dekat sini untuk memberi peluang kepada kaum keluarga memberikan penghormatan terakhir.

 Khir memberitahu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar selepas solat Zohor pada Sabtu.

 Sebelum ini, mStar Online pernah melaporkan Azizah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami komplikasi beberapa penyakit dan jangkitan kuman dalam paru-paru.

 Allahyarham yang aktif menyanyi sekitar tahun 60-an dan 70-an pernah popular dengan lagu seperti Syurga Idaman, Pergilah Kandaku dan Dikaulah Harapanku.-mStar

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner