campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Tokoh

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Tampilkan postingan dengan label Tokoh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tokoh. Tampilkan semua postingan

Minggu, 30 Juni 2013

Tokoh Akademik,Tan Sri Prof Emiritus Awang Had Salleh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik, Tan Sri Prof Emiritus Awang Had Salleh, 79, meninggal dunia, sebentar tadi, kata anaknya, Datin Norazlina Awang Had.

Jenazah akan dikebumi di Putrajaya.

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh dilahirkan pada 24 Jun 1934.Beliau adalah ahli akademik dan sasterawan Malaysia.

Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya.

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, beliau juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.

Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan.

Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.

Al-Fatihah..Moga Rohnya Dicucuri Rahmat

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Selasa, 25 Juni 2013

GAMBAR: 4 aset milik Dato' Siti Nurhaliza jadi kebanggaan

Hebat juga aset-aset milik Dato' Siti Nurhaliza nikan....apa pun semua tu rezeki yang diamanahkan oleh Allah..uruskan dengan sebaik mungkin melalui jalan dan perintah Allah.
Yang ni dekat Kuala Lipis.rumah mak Dato' Siti
Yang ni dekat Cameron Highlands
Yang ni dekat Cheras
Yang ni dekat Bukit Antarabangsa
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Kamis, 09 Mei 2013

Kelantan Tubuh Institut Pemikiran Nik Aziz

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan akan menubuhkan sebuah institut bagi menghargai khidmat dan sumbangan bekas Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menerajui negeri ini selama 23 tahun.

 Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata institut itu, yang bakal dikenali sebagai Institut Pemikiran Nik Aziz, bertujuan memastikan legasi kepimpinan ulama diabadikan dalam sebuah institusi.

 "Ia juga sebagai institut bagi rujukan dan pengembangan dasar membangun bersama Islam dan ummah, selain sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan bagi negeri Kelantan," katanya pada sidang berita selepas mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan.

 Mesyuarat dipengerusikan Nik Abdul Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan, di sini hari ini.

 Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih Pesuruhjaya Pas Kelantan walaupun tidak lagi menyandang jawatan menteri besar.

 Kebiasaannya, pesuruhjaya parti peringkat negeri dipegang oleh menteri besar di negeri masing-masing, katanya. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Selasa, 23 April 2013

TOKOH AGAMA: Tuan Guru Hj Salleh bin Musa

ANDA kenal siapakan Insan Ini?

Siapakah insan istimewa ini?

 Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

 Pendidikan : 
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

 3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

 Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

 Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

 KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

 SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

 Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau : 
 Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
 Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
 Habib Kazim ( Yaman )
 Habib Abdullah ( Jeddah)
 Syeikh Habib ( Jordan)

 Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

 -ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

 - Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

 -Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik" 

 -ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

 -ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

 -ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

 Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

 BERASA DOSA andai tidak perkenalkan Ulama yang dikenali kepada Umum .

 Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamdulillah, sekarang mari kita mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai mungkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usaha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama-sama ambil menafaat dengan mereka .

ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka.

Jangan setelah mereka meninggal barulah kita menyesal .

Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Selasa, 26 Maret 2013

AL-FATIHAH: Dr Muhammad Othman El-Muhammady kembali ke rahmatullah

Innalillahi wa innailaihirajiun

~ Al Fatihah.

Satu lagi permata ilmuan Islam pergi meninggalkan kita.

 Dukacita dimaklumkan bahawa Dr Muhammad Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah  di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

 Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan para Solihin. Amin

 Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

 Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

 Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

 Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Moga rohnya dicucuri rahmat.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner