campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Kastam

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Tampilkan postingan dengan label Kastam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kastam. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 11 Mei 2013

Suspek Kes Bunuh Tim.Pengarah Kastam ditahan polis

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki pada Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lepas.

 Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek berusia 56 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor kira-kira 8.30 pagi.

 "Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan Ahad.

 Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi.

 Dalam perkembangan lain, dua lelaki berusia lingkungan 35 dan 40 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras, 26 April lepas.

 "Suspek direman sehingga Rabu ini," katanya. Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ditembak setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras.

 Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, ibunya yang berusia 60 tahun turut cedera di lengan kanan. - BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Sabtu, 27 April 2013

Polis Berjaya Menembak Mati Suspek Bunuh Timbalan Pengarah Kastam

Berita yang baru diterima mengesahkan seorang lelaki India telah ditembak mati oleh pihak Polis di Ampang oleh sepasukan unit D9 IPK KL yang telah dapat mengesan kedudukan mereka.

 Seorang lagi suspek yang juga lelaki berketurunan India berjaya melepaskan diri.

BACA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati di Putrajaya

Walaubagaimanapun, pihak polis telah mengenalpasti identiti dan kedudukan suspek tersebut dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

 Awal pagi semalam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri) telah ditembak 3 das tembakan yang menyebabkan kematiannya di Putrajaya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Kamis, 25 April 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati di Putrajaya

Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.

 Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

 Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

 Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.

p/s: Salam takziah untuk keluarga Allayarham..semoga diletakkan bersama orang-orang yang beriman.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner