campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Tahanan Polis

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Tampilkan postingan dengan label Tahanan Polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tahanan Polis. Tampilkan semua postingan

Minggu, 26 Mei 2013

Lagi Tahanan Polis Mati Dalam Lokap

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Ahad.

 Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata, R. Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati oleh anggota polis pada sebelah pagi.

 "Pada pukul 10.30 pagi tadi anggota polis memanggil suspek untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman.

 Pada masa itu didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

"Polis memanggil pihak ambulans Hospital Pulau Pinang dan pegawai perubatan telah mengesahkan kematian suspek," katanya pada sidang akhbar di sini.

 Beliau berkata, suspek yang dipercayai penagih dadah tegar itu ditahan polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Sabtu di hadapan Balai Raya, Jalan Patani di sini selepas ujian air kencing mendapatinya positif dadah jenis morfin.

 Nasir berkata, lelaki penganggur itu pernah ditahan atas kesalahan dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan samun.

Kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. ~bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Rabu, 22 Mei 2013

Aura Kehebatan Adam Adli

SHAH ALAM - Susulan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan, dunia siber malam tadi seolah-olah "dibanjiri" dokongan tidak berbelah bahagi kepada anak muda ini. 

Tidak cukup kata-kata semangat di laman sosial Facebook, Twitter, blog, malah ribuan dari pelusuk tanah air, tanpa mengira kaum, berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang dan di beberapa lokasi lain bagi memberi sokongan kepada Adam Adli.

 Nyalaan lilin dilakukan sebagai simbolik kepada bantahan penahanan Adam Adli.

 Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis masyarakat juga terus mengecam di laman sosial masing-masing, mendakwa penahanan Adam Adli sebagai bersifat terpilih dan zalim.

 "Najib janji mansuh Akta Hasutan tapi kini tahan pemimpin Mahasiswa Adam Adli disiasat bawah Akta itu. 1 lagi BN tipu," tulis pemimpin DAP, Nga Kor ming menerusi laman mikro Twitter miliknya malam tadi.

 Sementara A. Samad Said pula menerusi laman sosial sama menulis, "semakin lama Adam diperam, semakin gema jerit melawan".

 Selain itu difahamkan, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berkumpul di hadapan balai yang menempatkan Adam Adli sebagai tanda solidariti kepada pemuda itu.

 "Di depan pusat reman dekat Balai Polis Jinjang, sertai himpunan setiakawan kepada Adam Adli yang ditahan di sana.

Ramai betul.

Wan Azizah pun ada," tulis Syed Husin Ali di laman mikro Twitternya.

 Adam Adli ditahan reman di Balai Polis Jinjang bermula Ahad sehingga esok.

 Penahanan aktivis mahasiswa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

 Ia ekoran ucapannya yang mengajak orang ramai turun berdemonstrasi jalanan sebagai protes menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam program anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM).

 Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.

 "Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen Umno, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa. "Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapan seperti tersiar dalam Youtube.

 Kenyataan berbaur hasutan itu disahkan polis berlaku pada minggu lalu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Tahanan Polis Meninggal Dunia Dengan Kesan Di Stapler

Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

 "Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

 "Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas"

Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

 Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. ~malaysiakini

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Sabtu, 18 Mei 2013

Aktivis pelajar,Adam Adli ditahan kerana menghasut

SHAH ALAM - Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan. Menulis di laman mikro Twitter miliknya,

Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

 Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

 Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

 Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner