campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Lokap

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Tampilkan postingan dengan label Lokap. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Lokap. Tampilkan semua postingan

Minggu, 26 Mei 2013

Lagi Tahanan Polis Mati Dalam Lokap

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Ahad.

 Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata, R. Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati oleh anggota polis pada sebelah pagi.

 "Pada pukul 10.30 pagi tadi anggota polis memanggil suspek untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman.

 Pada masa itu didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

"Polis memanggil pihak ambulans Hospital Pulau Pinang dan pegawai perubatan telah mengesahkan kematian suspek," katanya pada sidang akhbar di sini.

 Beliau berkata, suspek yang dipercayai penagih dadah tegar itu ditahan polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Sabtu di hadapan Balai Raya, Jalan Patani di sini selepas ujian air kencing mendapatinya positif dadah jenis morfin.

 Nasir berkata, lelaki penganggur itu pernah ditahan atas kesalahan dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan samun.

Kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. ~bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Rabu, 22 Mei 2013

Tahanan Polis Meninggal Dunia Dengan Kesan Di Stapler

Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

 "Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

 "Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas"

Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

 Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. ~malaysiakini

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner