Susulan daripada kes penyanyi 90-an, Nouri Ramli yang ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh suaminya, Azmi di kondominium Ampang Utama Rabu lalu, seorang indivdu yang mengaku sebagai kenalan Nouri telah tampil bagi menjelaskan situasi sebenar.
Menurut individu yang ingin dikenali sebagai Da, dirinya mengaku amat mengenali diri si mati (Azmi) dan turut menyatakan bahawa dia adalah individu terakhir yang dihubungi oleh Nouri sebelum penyanyi tersebut ditahan oleh pihak berkuasa.
BACA: Penyanyi direman kes kematian suami di kondominium
“Saya bukan nak memburukkan arwah. Sebaliknya, saya rasa tidak puas hati apabila melihat laporan media yang hanya menjurus kepada sebelah pihak saja.
“Pada malam kejadian, saya adalah orang yang terakhir dihubungi Nouri.
“Waktu malam Azmi mati, Nouri mengatakan Azmi telah merempuh masuk ke rumah itu.
Waktu itu, pintu sliding rumah Nouri tidak berkunci. Lepas masuk, Azmi mengamuk dan terus pukul Nouri.
Dua orang anak buahnya pun ada di situ menyaksikan kejadian.
“Waktu bergaduh, anak buah itu tidak berani dekat tetapi apabila Azmi sudah terduduk, mereka menghampirinya dan pegang Azmi.
Selepas itu, Nouri meminta anak buahnya ambil tali pinggang dan mengikat suaminya itu supaya dia tidak bertindak agresif lagi,” ujar Da menerusi laporan Murai.com
Berkongsi lebih lanjut mengenai perangai mangsa, Da turut menyatakan bahawa Azmi adalah seorang kaki pukul dan pernah bertindak untuk merogol penyanyi tersebut.
“Azmi pernah belasah isterinya di lif. Siap ada bukti dari CCTV lagi. Malah, jiran-jiran di situ pun sudah tahu.
“Pada satu hari, Azmi pernah menceroboh rumah Nouri dan dia nak rogol Nouri.
Sungguhpun waktu itu Nouri mahu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, tetapi ia seperti tidak boleh kerana mereka masih lagi sah suami isteri.”[OHBULAN]