campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: Honda CRZ hibrid rasmi diperlihatkan kepada umum

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Kamis, 07 Maret 2013

Honda CRZ hibrid rasmi diperlihatkan kepada umum

Model Honda CR-Z di pasaran boleh dianggap sebagai pewaris kepada model klasik Honda CR-X jika dipandang pada nama dan rekaan luarnya.

CR-Z dibangunkan oleh Honda sebagai kenderaan hijau dan pada masa yang sama tidak mengorbankan keseronokan pemanduan. 

Di pasaran Malaysia, CR-Z merupakan jentera hibrid ketiga diperkenalkan selepas Insight dan Civic.

Tiba di pelabuhan negara pada November 2011 menerusi transmisi manual, rekaan CR-Z membuktikan produk hijau tidak semestinya hadir dengan rupa yang ‘bosan’ dan sedikit landai.

 CR-Z tampil sporty dan ia adalah hibrid!.

 Selepas transmisi manual, Honda Malaysia membawa masuk transmisi automatik tidak lama kemudian.

Dan untuk tahun baru, CR-Z baharu diperkenalkan dengan dua varian automatik dan manual.

 Saat ini CR-Z dipasarkan di 56 negara dan mencatat penjualan sekitar 66,909 unit secara global. Hatchback sport dua pintu itu merupakan pengembangan dari model 2010 dan kini hadir memadukan teknologi sporty.

 Di Malaysia CR-Z adalah model paling laris dengan jualan 2500 unit pada 2012 yang menjangkaui jauh dari jangkaan Honda Malaysia.

Bagi 2013 Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 300 unit sebulan. Untuk versi 2013, CR-Z bukan sahaja berubah dari segi penampilan kosmetik, produk keluaran matahari terbit itu turut menerima prestasi yang disemak semula.
Keadaaan kerusi model Honda CR-Z. 

Ditayangkan di Indonesia International Motor Show (IIMS), CR-Z 2013 menampilkan ciri baharu iaitu butang Plus S (S+) yang diaktifkan melalui butang pada stereng.

 S+ untuk tambahan kuasa Butang S+ ialah sistem boost elektrik (penggalak) yang memberikan pemanduan berprestasi.

Sistem diaktifkan apabila pek bateri dicas melebihi 50 peratus di mana simbol cas bateri menunjukkan 4 daripada 8 bar.

 Menurut Honda Malaysia, sekiranya butang berkenaan ditekan ketika kelajuan 100 kilometer sejam (km/j), CR-Z berupaya mencapai kelajuan sehingga 180km/j dalam tempoh tujuh saat dengan mudah. CR-Z menggunakan motor elektrik untuk pergi lebih laju.

Tetapi itu bukanlah fungsi hibrid, untuk meningkatkan pecutan seperti kereta bercas turbo.

Tetapi jika menggunakan cas turbo berbanding motor elektrik, ekonomi bahan api mungkin akan menderita.

 Jadi lebih relevan menggunakan motor elektrik sebagai penggalak bagi memberikan sedikit tambahan adrenalin kepada pemandu.

 Bagaimanapun untuk keselamatan, fungsi S+ akan dimatikan secara automatik sekiranya anda membelok secara mendadak seperti membuat pusingan U.

 Selain fungsi S+, CR-Z turut menerima bateri baru iaitu bateri jenis litium-ion yang dibekalkan oleh Blue Energy Co Ltd.

Sebelum ini, jentera itu menggunakan pek bateri nikel hidrida. Pengguna bateri baru itu meningkatkan kuasa dari 10 kepada 15 kilowatt.

Umum mengetahui litium ion lebih banyak menghasilkan haba dan lebih mahal. Justeru itu untuk penyelesaian, Honda memasang kipas di bahagian sisi pek-pek bateri untuk penyejukan.

 Luaran dikemas kini Dari segi penampilan, CRZ tidak begitu banyak masalah dengan gaya.

Namun, Honda telah menyemak semula fascia hadapan untuk membiarkan ia menonjol lebih sedikit.

 Penambahbaikan luaran membabitkan penggunaan bampar hadapan dan gril baharu. Set lampu hadapan jenis HID pula diadun bersama lampu DRL LED.

 Lampu belakang membabitkan lampu LED dengan perumah berwarna biru jernih sama dengan Insight- untuk memainkan imej hibrid.

 Tidak lupa juga pengenaan peresap di bahagian belakang.

 Di bahagian dalam, CR-Z menerima warna baru merah dan hitam yang lebih sporty di mana tempat duduk separa kulit dengan jahitan benang merah dapat dilihat.

Tidak lupa turut disisipkan pada stereng dan tuil gear.

 Untuk ketenangan minda pemilik CRZ 2013, Honda meningkatkan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had termasuk untuk bateri IMA.

Ditawarkan dengan warna baru ungu selain putih, kelabu dan merah, CR-Z kini sudah pun sedia di tempah pada harga atas jalan RM119,000 untuk manual dan RM123,000 (automatik).[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner