PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan mengakui anak-anaknya tidak suka apabila melihat dia melakonkan watak-watak jahat dalam filem.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, dia berpendapat anak-anaknya iaitu Sufilyana Syahmi, 9, Ilham Izzuddin, 7 dan Irfan Solihin, 2, mungkin mahu dia melakonkan watak baik agar dapat dijadikan contoh.
"Mereka (anak-anak) selalu persoalkan kenapa saya asyik berlakon jadi jahat.
Mereka tak suka.
"Saya pun tak tahu kenapa?
Tetapi mungkin kerana anak-anak mahu melihat ayah mereka memegang watak hero.
Saya siap tanya kalau ada pertandingan anugerah yang melibatkan undian nak undi siapa?
"Mereka kata nak undi Aaron Aziz atau Adi Putra dan bukannya saya," selorohnya.
Bagaimanapun tambah Sofi dia tidak kisah tentang perkara itu kerana dia menganggap ia satu perkara yang normal bagi golongan muda yang sukakan watak-watak hero.
Malah Sofi turut mengakui ada masanya dia berasa malu dengan watak jahat yang dibawakannya kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menerima anugerah sebagai 'penjahat hebat' dalam pertandingan-pertandingan tertentu.
"Siapa yang mahu jadi penjahat yang hebat secara realitinya bukan?
Kadang kala dalam rasa syukur kerana menerima anugerah hasil daripada lakonan kita, ada juga rasa malu kerana dipanggil 'penjahat terhebat'.
"Apa-apa pun saya gembira dengan apa yang dimiliki sekarang ini kerana melalui watak jahat itulah orang ramai mengenali saya," katanya.
Dalam pada itu, Sofi berkata dia mahu memberikan kelainan dalam watak yang dilakonkannya dengan memilih karakter yang lebih baik selepas ini.
"Kalau ambil watak baik sahaja, pasti peminat terkejut. Jadi saya mahu ambil watak jahat tetapi tidak terlalu ekstrem.
"Dan kemudiannya saya akan memilih watak yang lebih baik daripada projek lakonan saya sebelum ini.
"Kalau nak tahu sudah empat bulan saya tak berlakon kerana ingin memilih watak yang sesuai," ujarnya.
Mengenai perkembangan terbaharunya, Sofi bakal memulakan penggambaran filem KL Cinta Mandi Toq terbitan White Merpati dan Hantu Nan Sempit (Excellent Pictures).[mStar]
Susu Kambing etawa (Septi Wulandari S.Kom) 087836666947 / Pin BB : 230185A5' website resmi http://super-e.net/ Peluang Usaha susu kambing etawa Super-E. DICARI DISTRIBUTOR DAN AGEN SUSU KAMBING ETAWA.DAPATKAN DISKON FANTASTIS. TERIMA MAKLONE SUSU KAMBING
Edukasi
Kata Kata
Teknologi
Kesehatan & Kecantikan
Kuliner
Tampilkan postingan dengan label Sofi Jikan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sofi Jikan. Tampilkan semua postingan
Jumat, 21 Juni 2013
Selasa, 18 Juni 2013
Berita Pelakon Sofi Jikan Meninggal Salah,Sebenarnya Adik Beliau Meninggal
Ada blogger sebar berita palsu mengatakan Sofi Jikan telah meninggal dunia padahal yang meninggal adalah adiknya.
Takziah daripada saya kepada Sofi Jikan & keluarga.
Mahu tidak berdebar hati kami apabila ada mereka Twitter yang menyebut pelakon watak jahat kegemaran ramai, Sofi Jikan telah meninggal dunia awal pagi ini kerana jangkitan demam denggi.
Sofi Jikan yang baru sahaja memenangi anugerah Watak Jahat Terhebat di Anugerah Blockbuster 2 hujung minggu di’khabarkan telah masuk ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi.
Namun laporan awal yang dikeluarkan oleh Oh! Artis itu nyata hanya salah faham apabila maklumat terbaru mengatakan yang meninggal dunia adalah adik kelima kepada Sofi Jikan.
Nyata laporan dan panik orang ramai di laman sosial tidak berasas dengan pengesahan ini.
Kami ucapkan takziah kepada Sofi Jikan dan seisi keluarga atas kehilangan insan tersayang. Al-Fatihah.
Credit

Langganan:
Komentar (Atom)

.jpg)