ALOR SETAR - Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
"Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal," kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik.
Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya.
Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).
Mukhriz berkata kompleks baharu itu akan mempunyai lebih banyak ruang perniagaan.
Mukhriz berkata semua peniaga Pekan Rabu akan dipindahkan ke tapak sementara milik Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di sini untuk membolehkan kerja-kerja meroboh dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang.
Beliau berkata kompleks baharu Pekan Rabu itu akan mempunyai ruang meletak kereta mencukupi dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembinaannya. - Bernama
Susu Kambing etawa (Septi Wulandari S.Kom) 087836666947 / Pin BB : 230185A5' website resmi http://super-e.net/ Peluang Usaha susu kambing etawa Super-E. DICARI DISTRIBUTOR DAN AGEN SUSU KAMBING ETAWA.DAPATKAN DISKON FANTASTIS. TERIMA MAKLONE SUSU KAMBING
Edukasi
Kata Kata
Teknologi
Kesehatan & Kecantikan
Kuliner
Tampilkan postingan dengan label Datuk Mukhriz Mahathir. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Datuk Mukhriz Mahathir. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 03 Agustus 2013
Senin, 06 Mei 2013
Datuk Mukhriz angkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru

Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini. - Foto Bernama
Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Turut hadir dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir sama pada majlis itu adalah bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria.
Bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak hadir kerana dipercayai kurang sihat.
Pada PRU13 semalam, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah untuk membentuk kerajaan. - Bernama
Langganan:
Komentar (Atom)
