campuran-gomars
SUSU KAMBING ETAWA: KRISIS MESIR: PAS gesa kerajaan tutup Kedutaan Mesir di Malaysia

Edukasi

Kata Kata

Teknologi

Kesehatan & Kecantikan

Kuliner

Rabu, 14 Agustus 2013

KRISIS MESIR: PAS gesa kerajaan tutup Kedutaan Mesir di Malaysia

SHAH ALAM - Pas mengecam tindakan ganas dan kekejaman tentera Mesir ke atas penyokong Presiden yang digulingkan, Dr Mohamed Mursi hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyifatkan kekejaman tentera Abdul Fattah As-Sisi yang mengorbankan lebih 400 penyokong Mursi sebagai 'kebinatangan'.

"Pas mengesa seluruh badan antarabangsa khususnya negara-negara umat Islam tampil membantah keras tindakan tidak berperikemanusiaan ini.

"Malaysia juga digesa mengutuk tindakan ini secepat mungkin," katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

Sehubungan itu katanya, Pas menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di Malaysia dan menghantar pulang dutanya sebagai satu reaksi segera bantahan negara dengan tragedi ini.

"Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir," katanya.

Beliau juga menyifatkan mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk kekejaman ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab.[SH]

p/s: Adakah permintaan PAS ini akan direalisasikan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib demi menegakkan agama Islam yang sebenar-benarnya?

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner