Di samping itu, katanya, kebaya Baba dan Nyonya juga mempunyai potensi untuk dipatenkan sebagai warisan negara.
Sebelum ini, beca telah didaftar untuk dipatenkan sebagai warisan negeri Melaka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'IP Mobile II' di Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) di sini Selasa.
'IP Mobile II' merupakan kempen kenderaan bergerak edisi kedua dilengkapi internet, maklumat dan pameran harta intelek bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan perlindungan harta intelek. -BERNAMA