

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bercakap dengan anggota keselamatan ketika turun ke padang bagi mententeramkan penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, malam Selasa.-Foto BERNAMA
Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam tertangguh lebih sejam apabila penyokong menceroboh masuk ke kawasan perlawanan yang terletak beberapa meter daripada padang, sekaligus menimbulkan kebimbangan pihak penganjur terhadap tahap keselamatan.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah terpaksa mententeramkan penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini.
Selepas perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akhirnya pihak FAM terpaksa menunda perlawanan tersebut kepada hari lain.
Pada perlawanan separuh akhir pertama, JDT menang dengan jaringan 1-0 di Stadium Larkin.[mStar]