
Fasha memangku anak sulungnya selepas bersalin pada awal pagi ini. Foto Ihsan Facebook Fasha.
Suami kepada aktres itu, Rizal Ashram turut mengesahkan berita itu di laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran itu.
"Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah," tulisnya dalam satu entri di Twitter.

Entri Rizal di Twitter tentang kelahiran bayinya.
Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun.-mStar