Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran.
Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.
Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini.
Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.
“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya.
Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.
Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.[HM]
p/s:Dalam keghairahan berlakon kadang-kadang artis kita lupa tatatusila dan adat dalam hukum agama.Biarpun hanya berlakon, hukum agama tidak menghalalkan semua itu..renung dan fikirkan.